Salam… Clum Tangan Suami, “Saya Dah Salam Kat Rumah,” – Jawab Datin Alyah Bila Ditanya Jihan, Tonton Suami Beri Komen ‘Live’ Di GV6!

Selain kejutan tiada penyingkiran pada minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang berlangsung malam tadi, pencinta muzik turut diwarnakan dengan penampilan pertama Datin Alyah di pentas program tahunan itu.

Setelah enam edisi, bintang berkenaan diundang sebagai penyanyi undang menyampaikan single terkininya, Meluruh yang juga menjadi runut bunyi untuk drama bersiri, Cemburu Seorang Perempuan yang kini bersiaran menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buat hal! Haha scene ni memang rare di GV6 kan? Sporting Tok Ram dan Datin Alyah. Gituewww #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Sejurus melalukan persembahan sebagai salah satu strategi promosi untuk drama yang didukung Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong itu, hos GV6 Nabil Ahmad dan Jihan Muse dilihat turut mengusik Alyah sama suami, Datuk Ramli MS yang juga merupakan juri tetap GV6.

“Kami dari keluarga GV ni besar, tapi saya mewakili Nabil nak minta maaf kot apa yang dia cakap mengguris hati Datin,” kata Jihan lalu dijawab penyanyi berkenaan.

“Ada bendalah yang dia (Nabil) cakap tu, kadang-kadang perlu ke cakap. Tapi saya tak ambil hati. Saya sudah biasa sebab acara tahunan,” ujar Alyah lalu dibawa kedua hos untuk bersama-sama menonton.

Bagaimanapun, difahamkan Alyah hanya sempat menonton untuk satu segmen sahaja kerana ada komitmen lain yang perlu diutamakan.

Terdahulu sebelum dibawa ke ruang penonton dan duduk di belakang suami, Jihan sempat memaklumkan Alyah supaya mencium tangan suami dan dijawab ringkas bintang asal Gelang Patah, Johor itu.

Malah, adegan yang sempat dirakam MH mendapat reaksi pelbagai peminat.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan muse, sesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam tampil sebagai juri jemputan minggu ini.

GV6 bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad, jam 9.00 malam.

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "Salam… Clum Tangan Suami, “Saya Dah Salam Kat Rumah,” – Jawab Datin Alyah Bila Ditanya Jihan, Tonton Suami Beri Komen ‘Live’ Di GV6!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*