Atlet angkat berat OKU m4ut kebakaran, g4gal menyelamatkan diri

Atlet angkat berat kategori Orang Kurang Upaya (OKU) Johor, m4ut akibat mel3cur 80 peratus selepas kediaman keluarganya dekat Taman Pagoh Jaya di Muar, terbakar, hari ini.

Dalam kejadian 11.45 pagi itu, Muhammad Ata Maarof, 28, yang juga pemenang pingat gangsa kategori 55 kilogram di Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 2018, g4gal menyelamatkan diri apabila ruangan dapur kediaman ibunya itu mula terbakar.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Jefri Jamal berkata, kejadian berlaku ketika Muhammad Ata pulang bercuti ke rumah ibunya di kampung itu.

Katanya, Muhammad Ata yang mengalami keilatan di kaki m4ut akibat mel3cur kerana tidak berjaya menyelamatkan diri.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian m4ngsa berada di bahagian dapur rumah serta gagal menyelamatkan dirinya.

“Mangsa berkerja di Kuala Lumpur dan sudah lima hari di rumah berkenaan dan difahamkan hari ini sepatutnya hari terakhir cuti mangsa sebelum dia pulang bekerja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, seramai 25 anggota b0mba dengan lima jentera dari BBP Pagoh dan Muar digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kec3masan pada 11.59 pagi.

“Kebakaran m3musnahkan 60 peratus daripada kediaman itu. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi kemudian ditamatkan pada 2.38 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian menimpa m4ngsa.

Be the first to comment on "Atlet angkat berat OKU m4ut kebakaran, g4gal menyelamatkan diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*