“Dia akan datang kalau tidak sibuk” – Christiano Ronaldo hadiri perkahwinan peminat di Indonesia

Bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo dikatakan bakal menghadiri majlis perkahwinan peminatnya di Indonesia jika tidak terikat dengan jadual padatnya.

Memetik laporan Coconuts Jakarta, peminat Ronaldo, Martunis Sarbini, 22, merupakan salah seorang mangsa tsunami Aceh yang terselamat dan mereka berdua mempunyai ikatan persabahatan yang rapat.

Menurut laporan Detik, Martunis mempelawa Ronaldo ke majlis perkahwinannya yang diadakan di Jakarta.

“Insya-Allah, dia akan datang kalau tidak sibuk,” ujar Martunis kepada Detik. 

Martunis melamar kekasihnya Sri Wahyuni pada 29 Disember lalu namun belum memutuskan tarikh perkahwinannya kerana perlu membuat persiapan yang rapi jika dia mahu menjemput Ronaldo ke rumahnya.

Pada 26 Disember 2004, Martunis kehilangan ibu dan dua adik-beradiknya semasa tsunami yang membunuh lebih 230,000 orang.

Martunis berumur tujuh tahun pada waktu itu berjaya diselamatkan selepas 21 hari terkandas di pantai seorang diri. Ketika diselamatkan, dia memakai jersi pasukan bola sepak kebangsaan Portugis.

Kisah pilunyanya sampai ke Portugal yang membawa kepada sokongan moral masyarakat di sana.

Persekutuan Bola Sepak Portugal menyumbangkan wang bagi membina rumah Martunis dan dia juga diambil sebagai anak angkat kerana Ronaldo bersimpati dengan tragedi yang menimpa dirinya.

Pada tahun 2005, Ronaldo datang melawat Martunis di Aceh dan berjanji untuk membayar pendidikannya. Tambah rapat apabila kemudiannya Martunis diundang untuk melawat Sporting Lisbon di Portugal.

Terbaru, Martunis telah bertemu dengan Ronaldo beberapa kali antaranya sewaktu di Turin, Itali sekitar Ogos lalu dan di Singapura selepas penyerang Juventus itu menjadi duta kepada jenama e-dagang, Shopee.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak Via Coconuts Jakarta

Be the first to comment on "“Dia akan datang kalau tidak sibuk” – Christiano Ronaldo hadiri perkahwinan peminat di Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*