“Saya malas nak panjangkan isu ini kerana ia akan membuka aib pihak sebelah sana” – Zain Saidin

“Saya tidak mahu membuka aib dia. Perkara ini adalah cerita peribadi yang tidak patut pun didedahkan di laman sosial mahupun media.”

Demikian kenyataan pelakon, Zain Saidin, mengenai isu bekas rakan kongsinya, Warren Fernandez, yang dikatakan membuat pendedahan di Facebook mengenai kerjasama perniagaan tidak menjadi sehingga terpaksa menanggung hutang RM300,000.

Zain berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit kerana bimbang ia akan membuka aib bekas rakan kongsinya, selain cuba mengelak daripada memanjangkan lagi perkara itu.

“Saya malas nak panjangkan isu ini kerana ia akan membuka aib pihak sebelah sana. Saya tak nak malukan sesiapa. Berdasarkan cerita yang dibaca, seperti ada ‘penambahan garam’ dalam artikel disiarkan sebuah portal apabila isu tersebar bukan 100 peratus benar.

“Sebagai rakan kongsi, apabila nasihat diberi bagi memajukan perniagaan diambil enteng, dan saya boleh rasa apa yang bakal terjadi dengan perniagaan itu pada masa akan datang, semestinya saya akan menarik diri.

“Banyak lagi perkara lain yang berbangkit, tetapi ia adalah cerita peribadi antara kami. Ia tidak patut didedahkan kepada umum,” katanya.

Baru-baru ini, Warren atau nama Islamnya Adam Warren Fernandez Abdullah menerusi status di Facebook meluahkan, 2019 bagaikan mimpi ngeri buatnya sebagai usahawan selepas kerjasama dengan Zain dalam perniagaan didakwa lingkup.

Selain dakwaan menanggung hutang ratusan ribu ringgit, lelaki itu turut menyatakan nyawanya terancam selepas diburu peminjam hutang, ah long.

Bagaimanapun, perniagaan terbabit mampu bertahan selama setahun sebelum operasi ditamatkan pada Jun tahun lalu.

Sementara itu, Zain menyifatkan perniagaan yang tidak menjadi terbabit berpunca daripada kekurangan promosi.

Katanya juga, sebagai usahawan baharu, mereka patut mendengar nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman agar perniagaan diusahakan tidak tersasar.

“Saya faham, orang yang berniaga buat kali pertama tidak mudah menerima nasihat kerana saya juga pernah melalui situasi sebegitu.

“Tetapi percayalah, tanpa ilmu pengetahuan sebenar, sukar untuk kita berniaga. Apa yang saya lihat, usahawan sekarang cukup takut melaburkan wang untuk pemasaran. Mereka menganggap ia sebagai ‘pemasaran hangus’,” tegasnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Berita Harian

Be the first to comment on "“Saya malas nak panjangkan isu ini kerana ia akan membuka aib pihak sebelah sana” – Zain Saidin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*