Mamat akan tamat zaman bujang selepas tiga kali tertangguh

Pelawak Mamat Sepah mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini dan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya kelak.

Mamat berkata, selepas tiga kali menangguhkan majlis perkahwinan bersama tunang yang juga anggota p0lis IPD Shah Alam, dia berharap agar apa yang dirancang pada tahun ini menjadi.

“Selepas bertunang pada tahun 2018, kami pernah merancang untuk berkahwin pada Mac, kemudian tangguh ke April.

“Tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, anjak pula ke bulan Disember. Tapi sekali lagi rancangan tersebut ditangguhkan kerana saya mahu memberi fokus kepada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Saya harap semua dapat doakan urusan saya dan tunang berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

Mengimbau kembali detik perkenalannya dengan wanita berasal dari Lahad Datu, Sabah itu, Mamat berkata dia tidak menyangka pertemuan tidak sengaja mereka bertukar menjadi serius.

“Saya pergi ke IPD Shah Alam sebab nak tolong kawan, kebetulan tunang saya yang kendalikan kes itu.

“Kami bertukar nombor telefon kerana saya nak tahu perkembangan kes. Lama-kelamaan hati terpaut dan saya terus bawa dia jumpa ibu,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Mamat akan tamat zaman bujang selepas tiga kali tertangguh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*