“Lelaki di belakang tu bi4dap” – Duduk belakang juru itu, Zarol AF 2016 ditegur warga net

Bintang Akademi Fantasia 2016 (AF 2016), Zarol ditegur warga net kerana mempamerkn aksi pelik ketika siaran langsung program Dansa Dan Sing.

Gelagat Zarol dianggap kur4ng sopan oleh warga net dan dilihat seperti sengaja melakukan aksi p3lik setiap kali kamera merakam juri tetap, Linda Jasmine.

Di laman sosial Twitter mungkin aksi Zarol dikec4m, tetapi sebaliknya di Instagram (IG), apabila gelagat penyanyi tersebut dianggap comel oleh para pengikutnya.

Zarol atau nama sebenarnya, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 28, juga sempat memuat naik semula beberapa komen positif daripada pengikut di IG Story.

‘Dansa Dan Sing’ ialah sebuah pertandingan realiti yang menggabungkan elemen dinamik seni tari dan suara sebagai kriteria utama untuk penilaian barisan juri profesional di pentas mingguan.

Pertandingan yang mengangkat dua cabang seni ini bakal menilai persembahan setiap peserta berdasarkan rentak serasi menerusi cabaran tarian dan nyanyian.

Setiap peserta yang bertanding turut diiringi oleh koreografer dan kru tarian atau ‘troopers’ pilihan masing-masing untuk menyahut cabaran mingguan berdasarkan tema yang ditetapkan.

Episod pertama yang berlangsung malam tadi (Ahad), menyaksikan persaingan sengit di antara 10 barisan artis tanah air yang terdiri daripada penyanyi, pelakon dan selebriti internet popular di Malaysia.

Senarai Peserta DANSA DAN SING

Senarai 10 artis dan kumpulan terlibat ialah Arja, Atilia Haron dan Yasmin Hani, Chubb-E, Nik Qistina, Raja Syahiran, Shiha Zikir, Sophia Liana, Wani Kayrie, W.A.R.I.S, dan Harris Baba.

1. Arja – The Pirates

2. Atilia Haron & Yasmin Hani – The Lola

3. Chubb-E – Zeppo Youngsterz Crew

4. Raja Syahiran – 2Twenty2 Squad

5. Nik Qistina – DP Fam

6. Sophia Liana – Budak Ngam

7. WARIS – Alamak

8. Shiha Zikir – Squad

9. Harris Baba – Unique

10. Wani Kayrie – DeLitz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Lelaki di belakang tu bi4dap” – Duduk belakang juru itu, Zarol AF 2016 ditegur warga net"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*