“Saya tak ingin bermadv dan keputusan saya muktamad” – Suhana Hamzah muat naik gambar di hadapan Jabatan Kehakim4n Syari4h Terengganu

“Saya tetap dengan pendirian, saya tak ingin bermadv dan keputusan saya muktamad.” Demikian kata Suhana Hamzah, 34, atau lebih dikenali dengan nama Hanna yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, malam ini.

Gambar Hanna berpakaian serba hitam dan berdiri di hadapan Jabatan Kehakim4n Syar1ah Terengganu itu dimuat naik di IG jam 9.40 malam ini.

Kenyataan yang dimuat naik itu sekali gus mengundang persoalan mengenai status pernikahan Hanna dengan suaminya, Mahyudin Noral Azhar, 35, atau Baa.

Melalui status itu, Hanna turut memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaannya sambil dimulakan ayat dengan ucapan Alhamdulillah.

Berdasarkan laporan Harian Metro, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Hanna tidak berjaya apabila dia gagal dihubungi.

View this post on Instagram

Alhamdulillah… Selesai step pertama hari ini, semoga Allah mempermudahkan step step yang seterusnya. Tahap ini, saya tetap dengan pendirian saya. Saya tak ingin BERMADU dan keputusan saya muktamad… Doakan kebahagiaan saya.

A post shared by @makeuphana (@hannabaa) on

Media sosial pada 9 Januari kecoh apabila ibu kepada tiga anak itu mendakwa suaminya diramp4s oleh usahawan kuih bakul berstatus halal di Kemaman yang terkenal dengan panggilan Yaya itu.

Menerusi akaun FB bernama Hanna Baa, wanita itu mendakwa Yaya yang dianggap seperti adiknya sendiri bercinta seterusnya berk4hwin secara senyap dengan suaminya di Thailand pada 6 Januari baru-baru ini.

Dakwaan itu menjadi perbualan hangat netizen sehingga mendapat 34,000 tanda suka, 26,000 komen dan 39,000 perkongsian.

Katanya, dia bukan mahu membvrukkan atau memfitn4h mana-mana pihak, sebaliknya mempunyai bukti Yaya bercinta dengan suaminya yang berusia 35 tahun.

Malah, pendedahan itu dibuatnya untuk memberi pengajaran kepada wanita lain supaya tidak menjadi m4ngsa sepertinya.

“Saya tahu apa yang saya buat. Sebelum saya memuat naik status itu, saya sudah fikir sedalam-dalamnya dan mendedahkan ia kerana mahu orang tahu hal sebenar.

“Saya tidak mahu ulas panjang kerana saya ada bukti dan akan panjangkan isu ini (bawa ke mahkam4h) kerana dia menuduh saya memfitn4hnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "“Saya tak ingin bermadv dan keputusan saya muktamad” – Suhana Hamzah muat naik gambar di hadapan Jabatan Kehakim4n Syari4h Terengganu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*