Pemangku Raja Pahang sanggup berhujan untuk bantu mangsa kemalanga4n

Hujan lebat bukan penghalang Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membantu m4ngsa kem4langan.

Kejadian berlaku di Kilometer 103.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, Temerloh, pada 2.30 petang hari ini.

Baginda yang ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sempat memberhentikan kenderaan untuk membantu m4ngsa.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari Sungai Lembing di Kuantan hanya mengalami keceder4an ringan.

BIARPUN HUJAN LEBAT, PEMANGKU RAJA PAHANG TURUN BANTU MANGSA KEMALANGANOleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. LatibFoto: …

Posted by Kerajaan Negeri Pahang on Tuesday, January 28, 2020

Berdasarkan perkongsian menerusi laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang, Tengku Hassanal yang ketika itu dalam perjalanan ke ibu negara menuruni kenderaan untuk memeriksa keadaan dan berbual dengan pemandu terbabit.

Sambil berpayung, baginda sempat bertanya khabar kedua-dua mangsa sebelum melihat sendiri kenderaan yang terbabit kemalangan.

Dalam kejadian itu, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.

Pada pagi hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi baginda bagi memeriksa keadaan mangsa kemalangan berhampiran plaza tol Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro & Facebook Kerajaan Negeri Pahang

Be the first to comment on "Pemangku Raja Pahang sanggup berhujan untuk bantu mangsa kemalanga4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*