Netizen mar4h, jual nasi lemak ‘sim card’ makin menjadi-jadi

Kalau sarapan, mesti nasi lemak menjadi makanan utama bagi masyarakat Malaysia.

Selain warga tempatan, orang asing juga turut terpegun dengan kesedapan makanan tradisi masyarakat Malaysia itu.

Nasi lemak ini sememangnya sedap untuk dimakan, tetapi pembuatannya sangat leceh dan memerlukan masa yang agak lama. Disebabkan itu, ramai memilih untuk membeli nasi lemak yang dijual sama ada di warung ataupun tepi jalan.

Disebabkan harga barang mentah yang agak tinggi, ada peniaga sanggup mengambil jalan singkat untuk meraih keuntungan dengan menjual makanan dengan kuantiti dan kualiti yang tidak memadai.

Melihat kejadian di Twitter, dilihat ramai netizen Malaysia mengeluh dengan nasi lemak yang mereka beli, kerana ada penjual yang sanggup letak telur dadar sangat nipis.

Kejadian sepeti ini bukan berlaku pada seorang individu sahaja, tetapi turut dirasai oleh individu yang lain. Sebagai bukti, beberapa koleksi gambar nasi lemak bersama telur sim card turut mereka sertakan.

Ekoran dengan ‘masalah’ ini, ramai juga dilihat memberi reaksi mengenai nasi lemak dengan telur yang  persis sim card ini. Malah ada juga yang berpendapat, peniaga sepatutnya lebih jujur dalam menjalankan peniagaan mereka.

Sejujurnya, perkara seperti ini lebih baik dielakkan. Walaupun makanan tersebut dijual dengan harga yang murah, ini tidak bermakna kualiti dan kuantiti makanan tersebut dipandang remeh.

Sumber: oh my media dan Twitter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Netizen mar4h, jual nasi lemak ‘sim card’ makin menjadi-jadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*