Rumah harga bermula RM4.50 sahaja, bukan di Malaysia tapi di Itali

Sebuah bandar di Itali, rumah dijual Pada murah dengan harga serendah €1 (RM4.50) sahaja.

Sebelum ini kisah sebuah perkampungan yang menjual rumah dengan harga yang murah pernah menjadi tular. Kini giliran sebuah bandar di Taranto pula yang menawarkan skim jualan rumah yang hampir sama.

Menerusi laporan media antarabangsa, tujuan bandar Taranto mewujudkan skim ini adalah untuk meningkatkan jumlah populasi penduduk di situ.

Jual rumah murah di Itali 3

Difahamkan jumlah populasi penduduk tempatan semakin berkurangan sejak beberapa tahun ini. Jadi dengan skim yang diperkenalkan ini, mereka menganggarkan penambahan 25 ribu jumlah penduduk di bandar lama itu.

Jual rumah murah di Itali 4

Rancangan memperkenalkan idea skim jual rumah murah di Itali ini adalah dari pihak berkuasa tempatan bandar tersebut. Mereka meletakkan harga serendah €1 supaya akan ada yang membeli rumah-rumah ini dan mula tinggal di situ.

Jual rumah murah di Itali 2

Agak-agaknya adakah mereka berjaya kembalikan populasi penduduk ke bandar ini? Namun begitu, cuba anda bayangkan jika di Malaysia ada memperkenalkan skim sebegini. Semestinya laku bak ‘pisang goreng panas’.

Malah pasti ada yang sanggup membelinya dan memulakan kehidupan baru di bandar tersebut. Siapa sahaja yang mahu melepaskan peluang keemasan bukan?

Sumber: Daily Mail

Kredit : Himpunan Cerita Lawak

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber

Be the first to comment on "Rumah harga bermula RM4.50 sahaja, bukan di Malaysia tapi di Itali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*