Wanita tuntut cer4i akibat suami malas mandi dan gosok gigi

Keengganan suaminya untuk menjaga kebersihan diri termasuk mandi dan menggosok gigi, menyebabkan seorang wanita nekad menuntut cer4i di New Delhi, India.

Oddity Central melaporkan, Soni Devi yang berasal dari daerah Bihar Vaishali mengakui tidak tahan lagi untuk meneruskan hidup bersama suaminya, Manish Ram yang mandi sekali saja dalam tempoh 10 hari.

Wanita berusia 20 tahun itu memohon mahkamah untuk meluluskan permohonannya kerana mendakwa suaminya mal4s memberus gigi, tiada adab dan tidak mengikut etika.

“Saya tidak sanggup lagi tinggal bersamanya dan menanggung semua ini lagi.

“Tolonglah bebaskan saya daripadanya kerana dia menghancvrkan hidup saya.

“Lagipun, kami tiada anak dan hubungan juga tidak seperti suami isteri jadi sia-sia jika perkahwinan ini diteruskan,” tulisnya dalam surat tuntutan cer4i.

Selain berpis4h, Soni menuntut suaminya yang berumur 23 tahun itu memulangkan barangan kemas dan lain-lain hadiah pemberian keluarganya ketika hari perkahwinan mereka.

Sementara itu, Manish Ram, 23, yang bekerja sebagai tukang paip memberitahu portal Times of India yang dia mahu terus hidup bersama Soni dan akan cuba mengubah gaya hidup demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Manakala, Anggota Suruhanjaya Wanita Negeri (SWC) memberi tempoh dua bulan  kepada pasangan berkenaan untuk menyelesaikan konflik di antara mereka sebelum merujuk semula kes itu di mahkamah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Wanita tuntut cer4i akibat suami malas mandi dan gosok gigi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*