‘Setiap Apa Yang Terjadi, Pasti Ada Sebabnya’ – Ibu Aliff Aziz

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, ibu Aliff memberitahu bahawa anaknya kini berada dalam keadaan yang baik selepas berjumpa dengan anaknya Ayden Adrean semalam.

Menurut S Hafiza Basharahil, setiap apa yang berlaku pasti mempunyai sebab yang tertentu dan hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Tambahnya, Aliff kini berada dalam keadaan yang baik terutama selepas dia berjumpa anaknya, Ayden Adrean. Hafiza turut berkongsi sebuah video di mana bekas isteri Aliff iaitu Bella Astillah turut berada bersama ketika perjumpaan itu.

Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik. Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu. Dengan rasa rendah hati, saya ingin berterima kasih atas setiap doa anda. Ia sangat berharga.

Menurut laporan portal Berita Mediacorp, penangk4pan Aliff itu disahkan oleh Pasukan P0lis Singapura (SPF), selepas dia dipercayai berg4duh dengan seorang lelaki di kawasan Orchard Road, lebih kurang pukul 6.40 pagi semalam. Aliff juga didapati sedang bergeIut dengan dua orang pegawai p0lis yang bertugas ketika mereka cuba untuk menggari tangannya. Walaupun diarahkan supaya bertenang dan meleraikan perg4duhan itu, Aliff yang nafasnya berbau ar4k, enggan memberikan kerjasama dan terus mencetvskan kekec0han.

 

Sumber: Harian Metro via OHbulan

Be the first to comment on "‘Setiap Apa Yang Terjadi, Pasti Ada Sebabnya’ – Ibu Aliff Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*