“Doakan Yang Baik-Baik” – Hael Buka Mulut Hubungan Akrab Dengan Dayang Nurfaizah

Penyanyi dan komposer Hael Husaini akui keakraban hubungannya bersama penyanyi Dayang Nurfaizah hanya berlandaskan faktor kerja.

Jelas Hael, Dayang banyak membantu memudahkan urusan kerjayanya jika mereka bekerjasama.

“Kami hanya melakukan tugas sebagai penyanyi dan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik. Hubungan kami masih berlandaskan profesional.

“Sebenarnya, secara peribadi, saya selesa dengan Dayang malah dia banyak membantu memudahkan urusan kerja setiap kali diperlukan.

“Saya tidak berani meramalkan masa depan. Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Hajat ini akui tidak berfikir panjang menawarkan kepada Dayang untuk menjadi pasangan duetnya dalam single Hari Ini.

“Projek itu memerlukan saya menyanyi bersama pasangan duet.

“Saya tidak fikir panjang dan terus memilih Dayang kerana kami sudah serasi.

“Memang ada yang bertanya, kenapa kami tidak merakamkan lagu baharu.

“Perkara itu masih dalam perancangan dan Insya-Allah, akan ada projek kami bersama lagi selepas ini,” katanya lagi.

Hari Ini versi duet telah dipilih sebagai lagu tema program Mahligai Cinta selain akan menemui penonton menerusi portal digital terbaru, www.mahligaicinta.my.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Doakan Yang Baik-Baik” – Hael Buka Mulut Hubungan Akrab Dengan Dayang Nurfaizah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*