Ibu Bawa Anak Beri Coklat Pada Pemandu Lori Sampah Sebagai Tanda Terima Kasih Dipuji Netizen

Setiap pekerjaan yang wujud di dunia ini ada peranan masing-masing. Biarpun ada tugasan yang sering dipandang rendah, namun keperluan dan jasa mereka harus dihargai.

Bekerja siang dan malam untuk membersihkan kawasan bandar, mengutip sisa buangan dari rumah ke rumah hanya untuk memberikan keselesaan kepada kita. Namun sejauh mana golongan yang bekerja sebegini dihargai masyarakat?

Terbaru, tular foto yang memaparkan seorang ibu sedang mendukung anaknya yang menghulurkan coklat kepada pemandu lori sisa buangan. Foto yang dirakam di Singapura dan tersebar di Facebook itu mengundang rasa kagum orang ramai kerana cara didikan ibu tersebut.

Berikut adalah foto yang tersebar dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Faiz Roslan:

Sememangnya amalan saling menghargai dan menghormati bermula dari rumah. Kanak-kanak ibarat kain putih yang dicorak oleh orang dewasa yang paling banyak masa menghabiskan masa bersama mereka. Inilah yang dikatakan meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara didikan ibu ini.

“Bagus sangat. Saling menghargai”

“Anak saya juga lakukan perkara sama setiap hari sehinggakan mereka kenal dengannya”

“Yup tanpa mereka kita semua akan hidup dengan sekitaran yang tidak sihat dengan sampah serta kotoran yang lain”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Faiz Roslan via HCL

Be the first to comment on "Ibu Bawa Anak Beri Coklat Pada Pemandu Lori Sampah Sebagai Tanda Terima Kasih Dipuji Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*