[VIDEO] Tercapai Impian Anak Yatim Piatu Jumpa Idolanya – Safawi

Hasrat seorang kanak-kanak yatim piatu untuk bertemu pemain bola sepak Harimau Malaya, Muhammad Safawi Rasid akhirnya tercapai selepas pemain bola sepak itu datan melawatnya di hospital Dungun baru-baru ini.

Kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun, Muhammad Danish Irfan bersama enam lagi adik beradiknya menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka telah men1ngg4l dvnia dalam satu k3m4l4ngan jalan raya pada 4 Oktober yang lepas di Dungun.

Menurut ibu saudaranya, Shaidah Idris berkata Muhammad Danish Irfan adalah seorang murid yang sangat aktif dalam sukan terutama bola sepak.

“Dia memang meminati corak permainan Safawi dan keinginannya untuk bertemu Safawi semakin membuak-buak setelah menonton perlawanan antara Malaysia dan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lepas.”

Safawi Rasid meluangkan masa untuk menziarahi Danish Iran walaupun baru sahaja tiba di kampungnya di Dungun dari Johor kira-kira pukul 10.00 malam Rabu.

“Alhamdulillah, impiannya tercapai apabila Safawi sudi datang menziar4hnya pagi semalam.”

Tambah Shaidah lagi, walaupun Muhammad Danish Irfan tidak boleh bercakap dengan lancar, dari raut wajahnya terpancar rasa gembira yang sukar digambarkan apabila bertemu idolanya itu.

Menurut Safawi, beliau dimaklumkan mengenai hasrat kanak-kanak itu oleh kakak iparnya yang kebetulan bekerja sebagai doktor di Hospital Dungun.

Safawi ke hospital kira-kira pukul 10 pagi semalam dengan ditemani seorang daripada adiknya dan menghabiskan masa lebih setengah jam bagi bertanya khabar serta menemani Irfan.

Rata-rata netizen terharu dengan tindakan Safawi yang mengutamakan hasrat kanak-kanak tersebut.

Malah ramai yang tersentuh dengan reaksi Danish Irfan yang begitu menghargai ziarah Safawi.

“Lama dia dok belek tangan Safawi”

Safawi Rasid baru saja dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK 19) yang berlangsung Sabtu lepas.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Shahiful Mohd Shah via yoynetwork

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Tercapai Impian Anak Yatim Piatu Jumpa Idolanya – Safawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*