Sekolah Pun Sampai Tingkatan 1 Saja, Kami Jadi Nelayan Dan Buruh Kasar Demi Sara Hidup – Zero

Mereka datang jauh dari pedalaman di negeri Sabah, siapa sangka kumpulan Zero kini sebaris pelawak terkenal tanahair.

Terdiri dari 3 orang adik-beradik, Zero dianggotai oleh Mohd. Syaiful Doli Sharif (Syaiful) 30 tahun, Mohd. Sharif Kadir Doli Sharif (Sharif) 28 tahun dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu) 26 tahun.

Realiti kehidupan Zero sememangnya boleh menjadi pengajaran. mereka sememangnya berasal dari kampung dan dari golongan yang boleh dikatakan agak susah. Ayah mereka merupakan seorang yang cacat penglihatannya dan telahpun mninggaI dnia.

Mereka juga akui kurang berpelajaran dan hanya pertaruhkan bakat yang sedia ada sahaja. Dengan itu Sharif juga telah berhenti belajar di tingkatan satu kerana kesempitan wang dan terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.

Pemergian ayah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mengubah kehidupan sedia ada. Hal ini kerana tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan dipikul penuh oleh kami adik-beradik setelah kehilangan ayah.

Alhamdulillah, kami diterima menjadi finalis Raja Lawak musim keenam ketika itu, sekali gus berjaya memperoleh tempat kedua (selepas Shiro). Pentas tersebutlah yang banyak membuka ruang kepada kami untuk terus menapak dalam industri seni.

Pekerjaan kami sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Hanya pekerjaan itu sahaja yang menjadi kepakaran kami bertiga semenjak kecil.

Lagipun, memang lumrah kami sebagai suku kaum Bajau yang tinggal di pesisiran pantai dan bekerja sebagai nelayan. Kami berharap agar dapat menjadi pengusaha ikan dan mempunyai kedai sendiri di Kudat, Sabah suatu hari nanti.

Sejak kecil sehingga dewasa, kehidupan kami hanya berkisar di kampung sahaja. Memang kami budak kampung sudah terbiasa dengan aktiviti kampung dan pelajaran bukanlah menjadi keutamaan pada ketika itu.

Tambahan pula dengan kesempitan wang pada ketika itu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar setakat tingkatan satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga. Bermula dari situlah saya hanya bekerja sebagai seorang nelayan bagi mengumpul wang membantu ayah dan menampung kos kehidupan keluarga.

Bapa kami bertanggungjawab mengajar kami ilmu mempertahankan diri. Disebabkan hal tersebutlah kami mampu membuat aksi akrobatik untuk dijadikan nilai tambah dalam persembahan kami. Kami tidak mempunyai sebarang pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan selesa.

Kami hanya mempertaruhkan bakat dan kemahiran kami untuk dijadikan modal kepada khalayak. Alhamdulillah, sedikit pintu rezeki dibuka bagi kami kini untuk meneruskan kehidupan dan saya berharap pentas lawak ini mampu menjadi platform kami supaya lebih berjaya dalam bidang seni.

Adakalanya, kami pernah bergaduh sesama sendiri apabila berbincang mengenai pemilihan tema dan idea yang sesuai. Bagaimanapun, pergduhan tersebut terlerai dengan sendirinya apabila masing-masing mencapai kata sepakat.

Sebelum ini, saya akui agak sukar untuk kami mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan, terutamanya disebabkan kesukaran kami untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh peminat. Tambah menyukarkan ialah loghat kami yang tidak semua orang faham terutama masyarakat di Semenanjung.

Bagi mendapat tempat dan menjadi perhatian, kami mencuba keistimewaan lain seperti menggunakan lawak yang lebih kepada pergerakan fizikal. Itulah yang menjadi keutamaan kepada kami untuk terus mencuri hati peminat.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sabahup2date

Be the first to comment on "Sekolah Pun Sampai Tingkatan 1 Saja, Kami Jadi Nelayan Dan Buruh Kasar Demi Sara Hidup – Zero"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*