Apple Bakal Keluarkan iPhone 12 Tahun Ini

 

Iphone 11 baru dilancarkan tahun lalu dan baru-baru ni ada pul dengar cerita yang iPhone 12 pun bakal keluar tahun ni, betul ke?

Kalau betul yang iPhone 12 ni keluar, orang yang beli iPhone 11 mesti semuanya tak senang duduk. Baru jer pakai the latest one tapi Apple dah nak keluar kan lagi model yang baru dalam masa yang agak pendek. Bukan senang nak beli iPhone ni sebab harganya agak mahal sikit la seperti mana yang semua tahu.

Difahamkan Apple akan keluarkan enam model untuk iPhone 12 dan yang paling menarik perhatian, Apple akan keluarkan tiga model untuk rangkaian 5G.

Memang laju kalau nak layan internet lepas ni, 4G pun dah laju apatah lagi 5G weh! Semuanya memang berdesup perginya, haha! Apple cuba buat benda yang drastik walaupun tahu yang kebanyakkan negara dekat luar sana masih lagi rendah buat masa sekarang ni.

Spec untuk enam model yang bakal keluar tahun ni seperti:

iPhone 12 4G: skrin LCD 6.1 inci, dwikamera.

iPhone 12 Pro 4G: skrin OLED 5.4 inci, dwikamera.

iPhone 12 Pro 5G: skrin OLED 5.4 inci, dwikamera.

iPhone 12 Pro Plus 4G: skrin OLED 6.1 inci, trikamera, ToF 3D sensing capabilities.

iPhone 12 Pro Plus 5G: skrin OLED 6.1, trikamera dengan ToF.

iPhone 12 Pro Max 5G: skrin OLED 6.1, trikamera dengan ToF.

Bukan iPhone 12 jer yang nak keluar, Apple juga akan melancarkan iPhone 9 pada bulan Mac ni dan akan ditawarkan dengan harga mampu milik iaitu bermula dengan RM2,000.

Sumber : AmazingNar

Be the first to comment on "Apple Bakal Keluarkan iPhone 12 Tahun Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*