Pemain terbaik bola sepak Afrika, anak iman masjid rupanya

Siapa tidak kenal dengan penyerang sensasi dari Senegal, Sadio Mane yang kini beraksi untuk pasukan Liverpool di Liga Perdana Inggeris.

Hari ini, Sadio Mane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Benua Afrika 2019. Siapa sangka anak imam masjid ini yang pada mulanya tak dibenarkan oleh ayahnya untuk menjadi pemain bola, kini sudah menjulang Piala Liga Juara- Juara Eropah bersama Liverpool.

Pemain muslim yang lahir pada 10 April 1992 ini, memulakan karier senior beliau dalam bola sepak bersama pasukan Metz yang berpengkalan di Perancis. Kemudian beliau berhijrah ke Austria untuk mewakili pasukan Red Bull Salzburg dan merekodkan 31 gol dalam 63 penampilan.

Selepas puas beraksi di Austria, Sadio Mane menerima lamaran dari kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris iaitu kelab Southampton dan menerima lamaran itu untuk beraksi di antara liga terbaik dunia. Di Southampton ini lah menjadi titik tolak buat pemain ini mencipta nama apabila kehebatannya itu dikesan oleh pasukan Liverpool dan berminat untuk membawa beliau ke Merseyside.

Pada tahun 2016, Sadio Mane akhirnya secara rasmi dibeli oleh Liverpool dari Southampton dengan yuran perpindahan £34 juta serta kontrak 5 tahun. Sehingga kini, Sadio Mane telah mencatatkan 56 gol dalam 111 penampilan. Sepanjang bersama Liverpool, Mane telah berjaya membantu Liverpool menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah 2019, Piala UEFA Super Cup dan Piala Dunia Kelab yang baru dijulang Disember lalu.

Walaupun sudah terkenal, Sadio mane tidak melupakan orang kampungnya di Senegal. Menurut laporan, Sadio mane telah membina hospital di kampungnya untuk memudahkan orang-orang kampung mendapatkan rawatan. Selain itu, beliau juga membina sekolah di kampungnya untuk anak-anak mendapat pendidikan yang mencukupi.

Sesungguhnya, Sadio Mane bukanlah hanya hebat di atas padang, malah sangat pemurah juga berbakti kepada orang kampungnya.

Sumber: Siakap Keli,  Wiki / African Exponent

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Pemain terbaik bola sepak Afrika, anak iman masjid rupanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*