Lee Chong Wei atlet pertama Malaysia diabadikan dalam bentuk patung lilin di Madame Tussauds Hong Kong

Datuk Seri Lee Chong Wei akan menjadi atlet pertama Malaysia diabadikan dalam bentuk patung lilin di Madame Tussauds Hong Kong.

“Saya tidak pernah membayangkan patung lilin milik saya sendiri!” kata Chong Wei dalam laman Facebook hari ini.

“Terima kasih @madametussaudshongkong atas penghormatan ini dan saya sangat berbangga menjadi atlet pertama Malaysia berada dalam senarai.

“Terima kasih kepada pasukan Madame Tussauds Hong Kong yang sangat sabar dan teliti ketika sesi berkenaan. Ia memang yang pertama buat saya!” katanya.

Chong Wei turut mendedahkan patung lilin berkenaan akan siap pada suku kedua tahun ini.

Menerusi Facebook itu juga dipaparkan bekas pemain nombor 1 dunia itu menjalani sesi mengambil ukuran badan selain gambar.

Chong Wei bersara daripada sukan badminton tahun lalu dan pernah berkedudukan pertama ranking pemain dengan rekod 349 minggu.

Dia juga baru-baru ini dilantik selaku Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Olimpik Tokyo.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Berita Harian

Be the first to comment on "Lee Chong Wei atlet pertama Malaysia diabadikan dalam bentuk patung lilin di Madame Tussauds Hong Kong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*