“Bahasa Melayu di bumi Korea” – Netizen bangga lihat papan tanda di Korea guna Bahasa Malaysia

Namun baru-baru ni, seorang netizen berkongsi satu penemuan yang amat menarik di grup Malay Dialects dan kemudian dikongsikan ke grup Backpackers Buddies Malaysia buat tatapan ramai.

Menurut netizen ini, dia telah menjumpai satu papan tanda di Korea yang menggunakan Bahasa Melayu untuk menunjuk arah. Jelas netizen tersebut, Bahasa Melayu / Bahasa Indonesia digunakan oleh kerana kebanjiran pelancong dari Nusantara di negara tersebut.

Ia bertujuan memudahkan pelancong di beberapa stesen dan kawasan tumpuan pelancong.

Sumber: Facebook

Ini pula papan tanda Bahasa Melayu di Itaewon.

Sumber: Facebook

Rata-rata netizen melihat posting ini merasa bangga dan terkejut dengan inisiatif yang dibuat kerajaan Korea ini.

Pada masa yang sama, ada juga berpendapat orang asing dilihat lebih menghargai bahasa kebangsaan daripada rakyat kita sendiri.

Sumber: Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Bahasa Melayu di bumi Korea” – Netizen bangga lihat papan tanda di Korea guna Bahasa Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*