Unik dengan warna kelabu, mata anak pasangan ini jadi tumpuan ramai

Anak kepada pasangan Instafamous, Mikhail Isaaq dan Siti Hajar mengundang perhatian warganet di laman Instagram sejak dilahirkan pada Oktober lalu.

Selain kecomelannya yang menjadi tumpuan, Mikhail Darwish turut mempunyai sepasang mata berwarna kelabu membuatkan ramai tidak jemu memandang bayi tersebut.

Menerusi laman Instagram, bapa berusia 25 tahun itu sering memuat naik posting berkongsi aktiviti penjagaan harian anaknya sehingga meraih ribuan tanda suka.

Dengan memiliki kacukan Melayu, Arab, Cina, Indo dan India, tidak hairan sekiranya bayi berusia tiga bulan itu mempunyai kecantikan pada matanya yang disifatkan luar biasa.

Netizen rata-rata tidak melepaskan peluang untuk memberikan komen pada setiap posting dimana kebanyakannya geram melihat kecomelan mata Darwish yang bulat dan unik.

 

Terdahulu, pasangan ini menjadi popular di media sosial kerana sering melakukan kejutan antara satu sama lain seperti menghadiahkan kereta mewah, peralatan solek dan macam-macam lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber: Akuokay

Be the first to comment on "Unik dengan warna kelabu, mata anak pasangan ini jadi tumpuan ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*