Selepas rebah, vokalis Floor88 Ayie disahkan mengalami masalah pita suara

Jika sebelum ini, vokalis kumpulan Floor88 iaitu Ayie, rebah dan pengsan ketika membuat persembahan di Negeri Sembilan. Terbaru, kumpulan itu terpaksa berdepan dengan satu lagi ujian apabila Ayie disahkan mengalami masalah pada pita suaranya sehingga dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

View this post on Instagram

Di atas saranan doktor, kami Floor 88, sedang mencari penyanyi untuk bersama sama menyanyi dengan @ayieelhamf88 diatas pentas, sehingga kesihatan beliau benar-benar pulih. Kriteria yang dikehendaki adalah:- 1. Boleh menyanyi dengan baik. 2. Berperwatakan menarik dan bersopan-santun serta pandai mengambil hati. 3. Umur 18 – 25 tahun. 4. Lelaki/perempuan 5. Tidak merokok/dadah dan minuman keras Sila hantarkan rakaman di Instagram feed anda dengan #2ndvokalisfloor88 dengan menyanyikan lagu floor88 . Keputusan muktamad dan akan diupdate dari masa ke semasa. Make sure account tak private okay ! ☺️

A post shared by Floor 88 (@floor88band) on

Menerusi Instagram Floor88, mereka sedang mencari vokalis kedua untuk kumpulan itu. Menurut kriteria yang ditetapkan, mereka memerlukan seorang penyanyi yang boleh menyanyi dengan baik, berperwatakan menarik, usia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun, tidak merokok mahupun mengambil barangan terlarang seperti dadah dan sebagainya. Manakala, mengenai soal jantina pula mereka tidak kisah sama ada lelaki mahupun perempuan.

Di ruangan komen, rakan artis seperti Wany Hasrita, Harry Khalifah dan Zetty Hotfm meninggalkan komen bahawa mereka ingin menyertai kumpulan tersebut. Namun apa daya, usia mereka sudah melebihi 25 tahun.

Sumber: Oh Bulan via Floor88

Be the first to comment on "Selepas rebah, vokalis Floor88 Ayie disahkan mengalami masalah pita suara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*