“B4bi hutan lagi sedap daripada b4bi Pink”-Adam Corrie buat isterinya terk3du

Pelakon Adam Corrie mengakui kepada isterinya bahawa dia pernah menikmati daging b4bi hutan sebelum memeluk agama Islam.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 52, berkata pengakuan jujur itu dibuat selepas ditanya sendiri oleh isterinya mengenai hal itu.

Perkara itu turut dikongsikan Adam menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Bidadari saya tanya…saya jawab je lah dengan jujur.

“Makan, b4bi hutan lagi sedap daripada b4bi pink,” tulisnya.

Bagaimanapun, jawapan jujurnya itu membuatkan dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa daging haiwan liar tersebut lebih sedap berbanding spesis biasa.

“Respons ‘Erkk’ sebab dia ingat b4bi pink yang lebih ramai suka makan, tapi sebaliknya,” jelasnya.

Pertanyaan daripada isterinya itu didorong selepas menonton siaran berita mengenai isu b4bi hutan berkeliaran di kampung

Begitupun, menurut Adam, kini ramai rakannya yang bukan Islam sudah mula mempunyai kesedaran mengenai kemudaratan pengambilan binatang tersebut sebagai juadah.

“Sekarang ramai sudah rakan yang belum Islam tak makan daging b4bi atas kesedaran faktor kesihatan.

“Dan Alhamdulillah, empat tahun sebelum saya syahadah, kembali kepada fitrah, saya sudah tiada rasa nak makan b4bi. Rupanya, Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah.

View this post on Instagram

Bidadari saya tanya .. saya jawab je la dengan jujur. Respon "erkk " sebab dia ingat babi pink yg lebih ramai suka makan tapi sebaliknya. . Sekarang ramai sudah rakan yang belum Islam tak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan. . Dan alhamdulillah .. 4tahun sebelum saya syahadah / kembali kepada fitrah.. Saya sudah tiada rasa nak makan babi. . Rupanya Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah. . Setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia. Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam. Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah disebaliknya. . Saya cerita ni, jadikan ia satu ilmu pengetahuan. Ambil yang positif ye. Jika kita pandang negatif , negatiflah yang kita dapat. . "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi." (Surah al-Baqarah: 173) . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang . #adamcorrie #SayaBukanUstaz #JanganPanggilSayaUstaz

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Perkongsian pelakon filem KL Gansgster 2 itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Rata-rata mereka terhibur dengan pengakuan jujur yang dibuatnya itu.

Bagaimanapun, menurut Adam, dia berkongsi hal tersebut dengan niat untuk dijadikan sebagai satu ilmu pengetahuan.

“Setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia. Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam. Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah disebaliknya.

“Saya cerita ni, jadikan ia satu ilmu pengetahuan. Ambil yang positif ya. Jika kita pandang negatif, negatiflah yang kita dapat,” katanya.

Adam memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 sebelum berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd. Fuad pada 2008.

Pelakon drama Gerak Khas itu juga kemudian pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor pada 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“B4bi hutan lagi sedap daripada b4bi Pink”-Adam Corrie buat isterinya terk3du"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*