“Sejuk mata memandang”- Luah netizen apabila lihat Nora dan Fasha boleh duduk bersama

Kemunculan Nora Danish dan Fasha Sandha dalam program bual bicara MeleTop malam tadi (Selasa) mendapat pujian ramai.

Sikap profesional Nora dan Fasha kelihatan membuktikan kedua-dua selebriti ini sudah lama melupakan persengketaan yang pernah berlaku di antara mereka.

Nora selaku hos jemputan MeleTop minggu ini, menemuramah Fasha dan pelakon Faizal Hussein dalam siri promosi drama Dua Takdir Cinta bersama.

Kedua-kedua mereka juga kelihatan mesra dan bersahaja sepanjang temuramah berlangsung, walaupun sesekali diusik Nabil.

MeleTop turut memuat naik video temubual tersebut di laman sosial Instagram (IG) mereka dan telah mendapat reaksi positif netizen.

View this post on Instagram

@nabilzira pulak yang sungguh sungguh teka baby boy ke baby girl, alah alah nak tambah sorang lagi baby ke tuuu hehehe #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Kontroversi Nora dan Fahsha berakhir pada Mei, dua tahun lalu selepas kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk berdamai.

Sengketa di antara mereka selama beberapa tahun mengenai pelbagai isu juga berakhir selepas itu dan Fasha turut memuat naik permohonan maaf secara terbuka kepada Nora menerusi sebuah posting di IG.

“Ingin saya memaklumkan pada semua bahawa segala isu permasalahan saya dan Nora telah berakhir pada tanggal 22Mei 2018 di Pejabat Mediasi di hadapan kedua peguam.

“Secara tiada paksaan, saya telah memohon maaf pada Nora Danish pada hari Mediasi tersebut dan berdamai” tulis Fasha.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Sejuk mata memandang”- Luah netizen apabila lihat Nora dan Fasha boleh duduk bersama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*