“Alhamdulillah cantik dah kau,” – Ajak kongsi gambar terkini adik selepas melecvr tahap 2

Ajak Shiro menzahirkan rasa syukur apabila adiknya, Mohd Fitri Razak yang melecur tahap dua kerana kemalangan di tempat kerja, beberapa minggu lalu kini kian pulih.

Pelawak dan penyampai radio itu berkongsi status terkini adiknya itu menerusi platform Instagram awal semalam.

“Alhamdulillah, cantik dah kau Fitri,” tulisnya menerusi entri yang merakamkan foto si adik yang tersenyum di samping abangnya.

Terdahulu, Fitri dilapor mengalami melecur tahap dua selepas silinder gas meletup.

Kejadian berlaku di sebuah bilik di tempat kerjanya di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Waktu itu, dia tengah nak pasang aircond, akan tetapi mungkin percikan api ketika kerja ‘welding’ itu, terkena pada gas yang mungkin ada kebocoran kecil.

“Lalu, menyebabkan ia meletup dan ketika itu adik saya berdua dan dia minta rakannya keluar kerana adik saya mahu cuba untuk tutup suis utama,” katanya kepada MH.

Fitri kemudiannya dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

Alhamdulillah cantik dah kau Fitri😊 . @shafi_darwish . #semogacepatsembuh #makanbuahbanyakbanyak #sayaajakdansayatidaksombong

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

Foto: Instagram Ajak Shiro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber

Be the first to comment on "“Alhamdulillah cantik dah kau,” – Ajak kongsi gambar terkini adik selepas melecvr tahap 2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*