“Saya tidak menjangka perniagaan emas yang baru diusahakan ini mendapat sokongan pelbagai pihak” – Nelydia Senrose

Pelakon popular Nelydia Senrose tidak menjangka perniagaan kedai emas yang baru dibuka Isnin lalu di Plaza Damas 3, Taman Sri Hartamas mengeratkan lagi hubungannya dengan peminat.

Nelydia berkata, dia mengakui teruja apabila dapat berkongsi minat yang sama khususnya kepada kaum hawa yang menyukai emas dan batu permata.

“Saya tidak menjangka perniagaan emas yang baru diusahakan ini mendapat sokongan pelbagai pihak serta menyatukan saya dengan peminat dan kawan wanita kerana masing-masing obses dengan barangan kemas.

“Lagipun, barangan kemas ini juga dekat dengan jiwa setiap wanita. Ia diibaratkan seperti kawan baik. Justeru, saya nekad untuk mengusahakan perniagaan ini dan bersyukur mendapat maklum balas dan sambutan luar biasa daripada semua pihak,” katanya.

Menurut Nelydia, walaupun duit simpanan hasil kerja keras bergelar anak seni dihabiskan untuk mengusahakan kedai emas yang diberi nama Nelydia Jewels, dia tetap berpuas hati dan bersyukur apabila mendapat sokongan penuh suami, Hafez Halimi Abdul Hamid.

“Tidak dinafikan perniagaan ini memerlukan modal yang besar selain ambil masa yang lama untuk menyimpan serta perlu membuat pelaburan dengan betul.

“Saya nak perniagaan yang diusahakan berkekalan kerana ini antara bekalan pada masa depan. Saya bersyukur duit simpanan selama beberapa tahun akhirnya membawa saya untuk membuka perniagaan ini selain dibantu dan disokong oleh suami tercinta.

“Doakan semoga perniagaan ini berjalan lancar. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan bakal tampil dengan pelbagai koleksi,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "“Saya tidak menjangka perniagaan emas yang baru diusahakan ini mendapat sokongan pelbagai pihak” – Nelydia Senrose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*