Menerusi satu video tular di media sosial pada majlis pertunangan, seorang ibu dilihat begitu gembira apabila dapat menyarungkan cincin di tangan pilihan hati anak terunanya.
Video itu kelihatan bakal ibu mentua begitu ikhlas dengan secara spontan mencium tangan tunang anaknya.
Video yang dimuat naik oleh Salmann Adnan itu mendapat perhatian banyak pihak ekoran reaksi spontan ibunya yang ternampak sangat gembira dan menerima pilihan hatinya.
Muat naik tersebut telah dikongsikan semula oleh laman Facebook Viral Media Johor dan mendapat perhatian daripada ramai pengguna kerana berasa begitu terharu atas penerimaan bakal ibu mertua hingga mencium tangan gadis itu.
Sehubungan dengan hal tersebut, rata-rata warganet meninggalkan komen positif terhadap tindakan spontan ibu kepada Salman itu.
Sebahagian daripada mereka juga berharap agar dikurniakan keluarga mertua yang sangat menerima kehadiran menantu dan menzahirkan rasa sayang sama seperti anak sendiri.
Sumber : Salmannadnan, Viral Media Johor
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Be the first to comment on "Alahai manisnya… Bakal mentua cium tangan tunang anaknya, dapat perhatian netizen"