Bayi ajaib panjang umur biarpun tanpa tempurung kepala

Tiada siapa yang mampu menyangkal kekekuasaan Tuhan. Disebabkan itu, umat manusia diseru untuk sentiasa meminta dan berdoa kepada-Nya sebelum berputus asa dengan segala dengan sesuatu musibah.

Di Texas, Amerika Syarikat Ozzie Gordon atau lebih dikenali dengan bayi ajaib mampu bertahan hidup sehingga hari ini. Sebelum ini, Ozzie dikatakan takkan mampu untuk bertahan hidup kerana menghidapi penyakit yang dikenali sebagai anencephaly.

Penyakit ini kebiasaanya akan membuatkan para bayi yang baru lahir, tidak mempunyai bahagian kepala yang sempurna, bahkan mempunyai peluang yang tipis untuk hidup.

Ibu bapa kepada Ozzie sejak dari awal sudah dimaklumkan dengan perkara seperti ini. Namun, mereka tetap bercadang untuk melahirkan anak mereka ini dan pasrah dengan komplikasi yang bakal terjadi.

Sehingga kini, anak  mereka masih hidup dan sempat menyambut kelahirannya yang pertama pada bulan Oktober tahun lepas. Walaupu nampak jelas pembentukan kepalanya tidak sempurna hingga menampakkan tisu otaknya, ibu bapa kepada Ozzie ini tetap membesarkannya dan memberikan layanan seperti bayi yang sempurna.

Tambah mereka lagi, pembesaran Ozzie agak perlahan serta anak itu berisiko tidak boleh berjalan dan sawan. Semoga mereka sekeluarga terus diberikan ketabahan dan keajaiban untuk bayi comel ini.

Sumber: oh my media & The Sun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Bayi ajaib panjang umur biarpun tanpa tempurung kepala"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*