“Bayi sihat dan isteri juga selamat”-Amar & Amyra dapat anak kedua

Pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat menimang cahaya mata kedua pada semalam.

Namun, impian untuk tarikh lahir anak kedua pada 2 Februari 2020 tidak menjadi kenyataan apabila Amyra selamat melahirkan bayi perempuan sehari sebelumnya.

Amar memaklum perkara itu menerusi Instagram hari ini.

View this post on Instagram

Bismillahi Allahuakhbar ❤️ Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik 🙏🏻 . . @amyramarjr2020

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

Bayi sihat dan isteri juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” tulisnya.

Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos tahun lalu, Amyra membuat kejutan terindah apabila dia mengesahkan hamil anak kedua dan berharap dapat bersalin pada 2 Februari atau 02022020.

Amar menikahi Amyra pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun tiga bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Bayi sihat dan isteri juga selamat”-Amar & Amyra dapat anak kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*