Terlentok adik dalam raga motor, foto ibu ambil anak balik sekolah bawa bayi kecil cetus hiba

Biarpun susah, ibu sentiasa ada di sisi dan susah macam mana pun, ia akan menjaga anaknya. Seperti satu gambar yang tular ini memaparkan seorang ibu gigih membawa dua orang anaknya menaiki motorsikal.

Gambar ini mengundang sebak di hati netizen dalam media sosial. 

Hanyalah sekeping gambar, tetapi kehidupan disebalik foto tiga beranak ini tiada siapa yang tahu. Hanya tawakal kepada Tuhan, si ibu gagah mengambil anak dari sekolah sambil membawa seorang lagi anak kecil.

Tidak tahu berapa lama dan jarak rumah ibu ini dari sekolah, tetapi dapat diperhatikan di dalam foto tersebut si anak kecil sudah terlentok di dalam raga motorsikal.

Andai kita rasa hidup kita susah….pandanglah sekeliling kita….ada lgi yg hidup susah dari kita…jadi,bersyukurlah…

Posted by MrIrwan Shah Nacm on Friday, January 3, 2020

 

Foto ibu bersama dua orang anak kecilnya telah mengundang rasa sebak netizen, rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap keluarga itu.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki, kerana nikmat di dunia ini hanyalah sementara. Kaya atau miskin adalah ujian dalam hidup, yang penting kita sentiasa muhasabah diri untuk menjadi lebih baik.

Siapa yang ada ibu bapa, jangan lupa harga mereka. Kerana merekalah kita hidup sehingga kini. Kerana mereka jugalah kita berjaya dalam hidup.

Lepas baca artikel ini, terus hubung ibu bapa anda ya! Tanya, “Dah makan ker belum atau mak sihat” 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MrIrwan Shah Nacm

Be the first to comment on "Terlentok adik dalam raga motor, foto ibu ambil anak balik sekolah bawa bayi kecil cetus hiba"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*