“Mungkin masa tu memang saya mintak kena m4ki..” Tidak berdendam, Ezad Lazim maafkan peminat

Penyanyi Ezad Lazim mendedahkan telah menerima permohonan maaf daripada seorang netizen yang mengaku pernah mem4kinya dahulu.

Kata Ezad dia tidak mengingati waktu bila perkara itu terjadi namun dirinya tidak pernah menyimpan perasaan dendam di dalam hati.

Dalam pada itu, peserta Gegar Vaganza 2015 ini turut memohon maaf andai kata ada salah silap yang dilakukannnya tanpa disedari.

“Walaikumussalam…Masya-Allah…Saya pun tak ingat masa bila tu hahahaha…

“Takpa saya tak pernah nak berdendam..Mungkin masa tu memang muka saya memang muka mintak kena m4ki kot hahahaha… 

“Mungkin ada jua kesilapan dari saya yang buat orang tak puas hati dengan saya.

“Saya pun mintak maaf ya andai ada kesilapan jugak dari pihak saya….

“Kita saling bermaafan ya, terima kasih masih sudi jadi peminat pada saya…..Semoga ukhwah kita sentiasa berkekalan.

Pemilik nama Mohd Rohaizad Mohd Lazim berkongsi paparan mesej yang dihantar kepadanya menerusi aplikasi whatsApp di Instagram (IG) miliknya.

Sekadar info, Ezad memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Mungkin masa tu memang saya mintak kena m4ki..” Tidak berdendam, Ezad Lazim maafkan peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*