“Bercakap soal jodoh, saya serahkan semuanya kepadaNYA” – Nasha Aziz

Aktres popular, Nasha Aziz menyerahkan sepenuhnya soaljodoh kepada Tuhan dan pada masa yang sama banyak memanfaatkan masa untuk berbakti kepada orang tua.

Menurut Nasha, dia mempunyai seorang ibu kandung dan ibu angkat yang masing-masing sudah ketiadaan suami.

“Bercakap soal jodoh, saya serahkan semuanya kepada Allah SWT, kadang-kadang kita ada bercadang, tetapi jika tidak diizinkan-Nya, tidak menjadi juga.

“Saya rasa, pada masa yang sama mengapa saya belum menemui sesiapapun sebagai jodoh kerana saya mempunyai dua ibu yang ‘single’ sekarang, kedua-dua bapa saya sudah tiada,” jelasnya.

Nasha berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Talbis Iblis di Hatter’s Castle, Pulau Carey, Klang semalam.

Tambah Nasha, dia bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk meluangkan masa dan menjaga kedua ibunya itu.

“Saya bersyukur kerana dikurniakan kehidupan dan masa bersama ibu-ibu saya, usia mereka juga sudah lewat 60-an, semestinya saya harus lebih mengambil berat tentang mereka.

“Saya menjadi tempat mereka bersembang dan bercerita tentang drama yang ditonton, ini adalah anugerah dari Tuhan, rezeki dan jodoh saya bersama ibu-ibu saya,” tambahnya.

Selain Nasha, Talbis Iblis turut menampilkan Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia dan diterbitkan oleh Infinitus Productions itu dijangka menjengah pawagam penghujung tahun ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Bercakap soal jodoh, saya serahkan semuanya kepadaNYA” – Nasha Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*