“Namun, saya tidak mahulah ‘feeling’ bertudung, selepas itu buka” – Emelda Rosmila

Foto berhijab dengan kapsyen berbunyi ‘2020 barangkali?’ yang dikongsi di laman sosial pantas mencetus spekulasi Emelda Rosmila bakal bertudung.

Mendapat perhatian pengikut termasuk teman artis yang memuji langkahnya berhijab, Emelda, bagaimanapun menjelaskan dia baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga.

Namun, isteri Adlin Aman Ramlie itu mengaku sudah membiasakan diri berhijab dan mahu terus istiqamah.

“Saya perlu menjelaskan ada beberapa komitmen kerja yang dipersetujui lebih awal sehingga April depan. Jadi, sukar untuk saya bertudung penuh.

“Cuma saya berharap hati ini terus teguh untuk berhijab apabila sudah tidak terikat dengan sebarang kerja dan komitmen lakonan.

“Suami juga menyokong keputusan ini. Saya mula membeli tudung untuk menambah koleksi sedia ada.

“Namun, saya tidak mahulah ‘feeling’ bertudung, selepas itu buka. Pulang dari umrah hasrat berhijab cukup menebal. Saya hendak cuba membiasakan diri perlahan-lahan,” katanya kepada BH Online.

Awal bulan lalu, Emelda buat kali kedua menunaikan umrah bersama Adlin, anak mereka, Edra Rafael dan ibu.

Bercerita pengalaman berada di Tanah Suci, adik kepada Emylia Rosnaida ini mengaku ibadat dilakukan cukup bermakna dengan kehadiran Edra.

“Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah pada 2011. Alhamdulillah, diperkenankan sekali lagi.

“Untuk kali kedua ini, lebih bermakna kerana Edra ada bersama. Lebih istimewa, saya bawa Mama sebagai hadiah hari jadinya,” katanya yang popular dengan drama Kekasih Paksa Rela itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Berita Harian

Be the first to comment on "“Namun, saya tidak mahulah ‘feeling’ bertudung, selepas itu buka” – Emelda Rosmila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*