“Ain bakal buta…” – Rizalman sebak, dapat tunaikan hasrat peminat cilik hidap tumor otak

Siapa tidak kenal dengan pereka fesyen popular tanah air,  Dato Rizalman. Hasil tangan sentiasa menjadi pilihan ramai, termasuk daripada kerabat diraja, iaitu Permaisuri Agong, Tengku Aminah.

Mempunyai peminat yang tersendiri, ternyata Rizalman merupakan idola buat seorang kanak-kanak istimewa bernama Airen Nurain atau manja dipanggil Ain, berusia 12 tahun, yang setiap hari mengikuti perkembangan Rizalman di IG.

Menerusi perkongsian yang di IG Rizalman, adik Ain ada berhasrat mahu berjumpa dengan pereka fesyen terkenal itu, selepas seorang indivdu telah memaklumkan mengenai impian anak istimewa itu kepadanya.

Diberitahu, mereka sedaya upaya mahu menunaikan hasrat Ain sebelum dia menjalani rawatan. Ini kerana, keadaan kesihatan Ain sudah merosot dengan penyakit buah pinggang kronik, ditambah pula Ain disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak.

Disebabkan ketumbuhan itu, penglihatan Ain terjejas teruk dan kemungkinan besar dia bakal buta. Oleh itu, ahli keluarganya mahu segera menunaikan impiannya, agar sempat melihat idolanya.

Tersentuh dan simpati dengan nasib Ain, pereke fesyen tersebut telah mengaturkan satu pertemuan bersama peminat ciliknya. Namun, di awalnya perkara itu dirahsiakan daripada kerana mahu memberikan kejutan.

Melihat sendiri idola di depan, adik Ain hilang kata-kata kerana terlalu gembira. Menerusi rakaman yang dikongsi, Rizalman dan Ain saling mengalirkan air mata dengan pertemuan tersebut.

Rizalman juga turut memberikan jemputan khas buat Ain hadir ke konsert Kesuma Jiwa, membuat air mata Ain terus mengalir dengan layana istimewa yang diberikan oleh idolanya.

Hanya satu pertemuan, namun ia cukup memberikan satu makna yang besar buat adik Ain. Terima kasih buat Dato Rizalman kerana sudi mengotakan impian anak istimewa. Semoga Ain segera sembuh dan sihat.

Sumber : Rizalman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Ain bakal buta…” – Rizalman sebak, dapat tunaikan hasrat peminat cilik hidap tumor otak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*