Si Cilik ‘Mengantuknya Mumia’ tular, wajah comel dikatakan mirip Tengku Jihan

Sejak dua hari lalu, kanak-kanak yang tular menari mengikut rentak lagu Mengantuknya Mumia dari Didi & Friends telah mendapat perhatian warganet.

Gelagat spontan kanak-kanak perempuan berseragam sekolah itu dimuat naik menerusi laman sosial Twitter oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fazriena telah membuatkan ramai yang geram dengan aksi comelnya.

Video tersebut juga telah tular sehingga ke Indonesia dan mendapat pelbagai komen daripada netizen. Paling mencuri tumpuan adalah komen yang dibuat oleh pengguna Twitter yang menyamakan wajah comel kanak-kanak bernama Issabelle itu mirip puteri bongsu kepada KDYMM Baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Pertanyaan itu juga telah dibalas oleh Tengku Jihan menerusi akaun Twitternya dengan berseloroh mengiyakan kenyaataan tersebut.

Menerusi gambar-gambar sewaktu kecil Tengku Jihan, sememangnya Issabelle kelihatan agak mirip dengan puteri bongsu kerabat negeri Pahang itu.

Sehubungan dengan tweet tersebut, rata-rata warganet mengakui bahawa Issabelle sememangnya agak mirip dengan Tengku Jihan.

Mereka juga sempat berjenaka dengan kerabat Pahang tersebut yang sangat ramah serta tidak kisah bergurau dengan pengikutnya di Twitter.

Sumber : YPJ, OhmyPoco

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Si Cilik ‘Mengantuknya Mumia’ tular, wajah comel dikatakan mirip Tengku Jihan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*