Scha Alyahya selamat jalani pembed4han buang ketumbuhan dalam rahim, ini antara punca dia susah nak hamil lagi!

 

 

Pelakon dan hos, Scha Alyahya selamat menjalani pembed4han membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali sebagai Endometriosis di sebuah pusat perubatan, Khamis lalu.

Memetik Harian Metro, ia merupakan pengalaman kedua dan kali pertama bintang Racun Suami Jahanam ini menjalani pembedahan sama adalah kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu sebelum disahkan hamil anak sulungnya, Lara Alana.

Lega kerana semuanya berjalan lancar, Scha seperti yang dipetik turut memasang harap agar keinginan untuk menimang cahaya mata kedua dipermudahkan.

“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembed4han.

“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.

“Perkara ini tidak mengejvtkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.

View this post on Instagram

pre op

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Jelasnya lagi, apa yang berlaku sebagai antara penyebab yang menyukarkan dirinya untuk hamil lagi.

“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.

“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua.

”Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” tambah Scha.

Untuk rekod, Scha mendirikan rumah tangga bersama Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang puteri, Lara Alana yang kini mencecah usia enam tahun.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber

Be the first to comment on "Scha Alyahya selamat jalani pembed4han buang ketumbuhan dalam rahim, ini antara punca dia susah nak hamil lagi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*