“Janganlah ani4ya saya sampai begini sekali”-Vivy Jeffry, isteri kedua Amar Asyraf minta pelakon itu tampil ke mahkam4h untuk selesai kes percerai4n tal4k tiga

Isteri kedua kepada Amar Asyraf, Vivy Jeffry mendedahkan sudah dic3raikan talak tiga pada 4 November tahun lalu, oleh pelakon itu.

“Saya reda dan pasrah apabila dicer4ikan dengan talak tiga,” katanya.

Vivy, bagaimanapun memohon supaya Amar tampil untuk menyelesaikan urusan percer4ian mereka di mahk4mah secepat mungkin apabila usaha menghubungi menemui jalan buntu kerana pelakon itu menyekat nombor telefonnya.

“Kalau boleh saya nak perkara ini diselesaikan dengan cara baik. Saya enggan bermusuh dengan sesiapa.

“Saya cuma mohon Amar tampil untuk uruskan proses perceraian ini kerana ia berlaku di luar mahk4mah. Disebabkan dia gagal dihubungi, saya sudah tidak boleh berurusan dengannya lagi.

“Saya harap Amar janganlah aniaya saya sampai begini sekali. Permudahkanlah urusan ini agar proses perpis4han ini berjalan lancar,” katanya.

Menurut Vivy lagi, dia tidak menyimpan dendam atau marah terhadap suaminya itu meskipun diceraikan dengan talak tiga.

“Ketika percer4ian itu, dia ditemani seorang rakan ketika kami menguruskan hal surat beranak anak. Jujur tiada sekelumit dend4m atau marah terhadapnya, kerana saya sudah pasrah dengan apa yang berlaku ini.

“Saya kini cuma mohon Amar tampil untuk menguruskan proses percer4ian itu dengan segera supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.

“Jika diikutkan tempoh edah juga sudah hampir berakhir namun disebabkan hal yang berlaku ia tidak dapat disahkan oleh pihak mahk4mah,” katanya.

Terdahulu Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lalu.

Rahsia perkahwinan mereka akhirnya terbongkar menerusi pendedahan wanita bernama Ellika Azman yang didakwa hampir berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Sumber: Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Janganlah ani4ya saya sampai begini sekali”-Vivy Jeffry, isteri kedua Amar Asyraf minta pelakon itu tampil ke mahkam4h untuk selesai kes percerai4n tal4k tiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*