Kor0navirus: Agong titah semua masjid seluruh negara adakan s0olat hajat

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di seluruh negara untuk mengadakan s0lat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan Allah SWT supaya memelihara rakyat daripada sebarang peny4kit yang tidak diingini.

Memetik laporan Bernama, penganjuran ini berikutan peningkatan penularan w4bak 2019 Novel Kor0navirus (2019-nCoV) di China dan negara-negara lain termasuk Malaysia.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan wab4k itu serta amat prihatin dan bimb4ng dengan keselamatan diri rakyat Malaysia yang berada di dalam serta luar negara susulan jangkitan 2019-nCoV.

“Seri Paduka menyeru kepada rakyat untuk memperbanyakkan doa agar Malaysia dan dunia dilindungi daripada wab4k berkenaan serta memudahkan pihak-pihak berkuasa tempatan dan di kawasan-kawasan terjejas menangani gejala wab4k ini.

“Semoga situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sedia kala,” katanya.

Baginda turut mengulangi nasihatnya supaya rakyat sentiasa mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini mengenai w4bak 2019-nCoV hanya daripada saluran-saluran rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi kerajaan serta media arus perdana.

Seri Paduka juga sekali lagi menyeru kepada rakyat untuk sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah penceg4han dan amalan kesihatan seperti yang digariskan KKM.

Terbaru, China mencatatkan angka kem4tian sebanyak 106 orang dengan pertambahan kes positif dijangkiti v1rus baharu itu sebanyak 4,428 orang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Bernama

Be the first to comment on "Kor0navirus: Agong titah semua masjid seluruh negara adakan s0olat hajat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*