Akad nikah guna bahasa isyarat, buat netizen sebak

Perkongsian yang memaparkan momen indah pengantin lelaki ‘melafazkan’ nikah dalam bahasa isyarat mengundang sebak ramai.  Difahamkan, majlis kad nikah itu membabitkan pasangan pengantin bisu.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik itu, pengantin lelaki menyempurnakan akad nikah menggunakan bahasa isyarat sambil diiringi oleh guru sekolahnya untuk proses alih bahasa.

Posting berkenaan kemudian menjadi viral apabila menerima perkongsian sebanyak 28,000 kali.
 
Rata-rata netizen kagum dengan proses akad nikah tersebut dan menganggapnya satu momen yang jarang dilihat.
 
Malah, tidak kurang juga yang sebak apabila melihat kesungguhan pengantin lelaki berkenaan.

Be the first to comment on "Akad nikah guna bahasa isyarat, buat netizen sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*