Naqiu ketika dihubungi berkata, arwah yang berusia lewat 40-an terlantar s4kit di h0spital berkenaan sejak dua bulan lalu.
Katanya lagi, kali terakhir dia bertemu arwah ialah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri dua tahun lalu .
“Dia selalu merantau atas urusan kerja, jadi kami jarang dapat berjumpa. Kali terakhir saya bertemu pun pada hari raya dua tahun lepas.
“Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan peng3bumiannya kerana berada di Kulim, Kedah.
“Insya-Allah saya akan pulang esok dan bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang,” katanya.
Naqiu yang juga anak bongsu daripada lapan adik-beradik itu berkata, abangnya itu individu pertama yang memulakan kerjaya seninya dalam industri muzik.
“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari. Jadi, dia individu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini.
“Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya.
“Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya
Sumber Harian Metro
Be the first to comment on "Abang Naqiu m3ningga1 dunia selepas terlantar dua bulan di h0spital"